Kolej Vokasional Betong menangi Perak

0
221

BETONG: Pasukan The Trio yang memperkenalkan “Sistem Smart Analyzer” telah memenangi pingat perak pada Pertandingan Inovasi dan Kreativiti (Kategori Sistem Maklumat) Psikologi dan Kaunseling Kementerian Pendidikan Malaysia Tahun 2019 yang diadakan baru-baru ini.

The Trio merupakan Pegawai Kaunseling Kolej Vokasional (KV) Betong yang menghantar penyertaan pada pertandingan tersebut.Mereka terdiri daripada Kr Sangin Juat, Kr Muhirman Mu-Alim dan Kr Muhammad Zulfaqar Mazlan.

Sistem Smart Analyzer yang diperkenalkan barisan Kaunselor KV Betong itu telah berjaya digunapakai sebelum menyertai pertandingan tersebut.

Perisian yang diinspirasi daripada Sistem Pelaporan Bimbingan Kaunseling, Kementerian Pendidikan Malaysia(KPM), telah mendapat tempat dan memudahkan lebih 100 orang dari kalangan Guru Bimbingan dan Kaunseling, Kaunselor di Kolej Vokasional, Sekolah Menengah dan Sekolah Harian telah menggunapakai sistem tersebut.

Dibangunkan menggunakan program excel, analisis sesi kaunseling yang pada mulanya diaplikasikan oleh Pegawai Kaunseling KV Betong, Kr Sangin Juat yang kemudiannya dimurnikan bersama ahlinya yang lain.

Majlis penyampaian hadiah telah disampaikan sempena Persidangan Kaunselor Pendidikan Peringkat Kebangsaan 2019 di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) baru-baru ini.

- Advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here