Kerajaan berhutang dekat 750,000 Warga Australia

0
297

SYDNEY – Kerajaan Australia berhutang kepada lebih 750,000 rakyatnya sebanyak $120 (RM343) seorang dan mereka hanya mempunyai seminggu untuk menuntutnya.

Sejak Mac tahun lepas, pengguna jalan raya boleh mendapatkan tuntutan semula bagi bayaran slip hijau (sijil insurans pihak ketiga) yang wajib diambil.

Dengan tarikh tutup yang berakhir pada 30 September ini, $29 juta (RM82.9 juta) masih belum dibayar kepada 753,742 pemegang polisi insurans kereta dan trak.

Menteri Perkhidmatan Pelanggan, Victor Dominello yang juga Ahli Parlimen Liberal dari utara Sydney, memohon para pemandu yang layak untuk tampil membuat tuntuntan.

“Pemilik kenderaan hanya tinggal seminggu untuk menuntut bayaran mereka bernilai sehingga $120,” katanya kepada Daily Mail Australia, semalam.

Pemandu yang layak digesa untuk melawat laman web Perkhidmatan NSW dan klik pada butang di akaun mereka.

Mereka boleh mendaftar baharu jika tidak pernah mempunyai akaun, dan boleh melawati Pejabat Perkhidmatan NSW atau membuat panggilan telefon.

Tarikh akhir untuk tuntutan ini pernah dilanjutkan selama dua bulan pada penghujung bulan Jun lepas.

Walaupun begitu, bilangan pemegang polisi yang masih belum menuntut pembayaran mereka masih ramai.

Dominello berkata, wang yang tidak dituntut akan digunakan bagi menurunkan harga premium slip hijau dari Januari 2020.

Pemandu di bandar yang paling padat penduduk di Australia kini membayar purata sebanyak $490 (RM1,400) untuk slip hijau wajib mereka – paling rendah sejak Parti Gabungan mendapat kuasa lapan tahun lalu.

- Advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here