Gaduh: 1 maut, 1 cedera

Pergaduhan kumpulan dari Kampung Sebandi dan Perian pagi tadi-12 suspek sudah ditahan

0
1956

LUNDU – Seorang maut dan seorang lagi cedera di tangan kanan dalam pergaduhan antara dua kumpulan lelaki dari Kampung Sebandi dan penduduk Kampung Perian dipercayai menggunakan senjata tajam di kawasan Kampung Perian, di sini pagi tadi.

Pemangku Ketua Polis Daerah Lundu, Inspektor Kumbat Tan berkata, pihaknya mendapat maklumat kes tersebut sekitar pukul 2 pagi.

Katanya, berdasarkan maklumat awal, kes berpunca apabila seorang lelaki dari Kampung Perian membawa seorang perempuan dari Kampung Sebandi.

“Selepas itu, sekumpulan lelaki lebih kurang 10 orang menggunakan tiga buah kereta pergi ke tempat kejadian di Kampung Perian, untuk mengambil balik perempuan itu.

“Sampai di lokasi kejadian, berlaku pertengkaran dan pergaduhan menyebabkan mangsa lelaki belum dikenal pasti dari Kampung Sebandi dipercayai meninggal dunia di lokasi kejadian manakala seorang dari Kampung Perian luka di tangan kanan akibat terkena senjata tajam,” katanya dalam kenyataan sebentar tadi.

Tambahnya, seramai 12 suspek telah ditangkap dan kes masih dalam siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

- Advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here