Cuba dua Ketua Masyarakat di Malaya

0
375

KUCHING – Menteri di Pejabat Ketua Menteri (Integriti dan Ombudsman) Datuk Talib Zulpilip mencadangkan Kerajaan Persekutuan melaksanakan konsep dua ketua masyarakat di satu tempat terlebih dahulu di Semenanjung untuk melihat keberkesanan.

“Mun sidak suka benar dengan konsep ya, cuba di Semenanjung dulu dan lihat bagaimana. Sarawak tidak perlukan dua ketua masyarakat untuk satu tempat.”

“Mereka hendak melantik untuk apa, bayangkan kalau ada dua perdana menteri, pasti bergaduh. Begitu juga kalau ada dua penghulu, dua tuai rumah atau dua temenggong,” katanya hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar Sivarasa Rasiah bahawa kerajaan persekutuan akan melantik sendiri tuai rumah, ketua masyarakat dan ketua kampung di Sarawak.

Sivarasa berkata perkara ini telah diputuskan dan kabinet akan merombak semula sistem Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK).

“Macam mana Siva tahu hal Sarawak? Saya nak tanya berapa kali dia ke rumah panjang? Kita di Sarawak lebih arif kerana bergaul, kerap tidur dan makan di rumah panjang. Cadangan melantik dua ketua masyarakat jelas menunjukkan niat persekutuan tidak berapa betul dan tidak munasabah,” katanya.

Tambahnya, sistem pelantikan di rumah panjang misalnya tidak harus diganggu dan idea paloi persekutuan itu hanya menyebabkan jawatan ketua masyarakat bertindih.

Dalam perkembangan lain, Talib mahu kerajaan persekutuan mengotakan janji untuk membaiki sekolah-sekolah daif di negeri ini.

“Sekolah adalah dibawah persekutuan jadi kita mahu mereka menanggung kos keseluruhannya. Hanya sekarang kerajaan negeri mengambil alih baru ada perubahan,” katanya.

- Advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here