Pelancong Amerika maut dirempuh kereta

0
559

KUCHING: Seorang pelancong lelaki yang sedang melintas jalan maut dirempuh kereta dalam kemalangan membabitkan sebuah kenderaan di Jalan Padungan di sini tengah malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.10 tengah malam itu, mangsa Mark Sigmund, 62, dari Maryland, Amerika Syarikat (AS), berjalan kaki bersama isterinya berhampiran Bulatan Sri Aman sebelum dirempuh sebuah kenderaan yang bergerak lurus dari arah Hotel Kuching Park.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak Superintenden Alexson Naga Chabu berkata, akibat kemalangan itu, pejalan kaki lelaki terbabit mengalami kecederaan teruk di kepala dan disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Umum Sarawak (HUS) sekitar 1.54 pagi.

Manakala isteri lelaki terbabit yang berusia 48 tahun, juga warganegara AS mengalami retak tulang ibu jari kanan dan telah dipindahkan ke KPJ Kuching.

Menurut Alexson, pemandu kereta terbabit tidak mengalami kecederaan bagaimanapun kereta terlibat mengalami kerosakan.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan lanjut masih diteruskan,” tambahya.

- Advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here