Pemuda maut motosikal dirempuh MPV

0
326

MATANG, 21 Sept: Seorang lelaki mati apabila motosikal yang ditunggangnya terlibat dalam kemalangan jalan raya dengan kereta yang dipandu oleh seorang pengawal keselamatan malam tadi.

Dalam kejadian di Persimpangan Jalan Matang berhampiran Asrama Luar Kampus Politeknik Kuching pada 8.50 malam tersebut, kereta Perodua Alza yang dipandu oleh pengawal keselamatan berusia 27 tahun itu yang datang dari arah Matang ke Kuching cuba memotong sebuah kenderaan lain.

Bagaimanapun, kereta itu bertembung dengan Modenas Kriss yang ditunggang oleh Mohd Firdaus bin Othman, 24.

Pekerja minimart dari RPR Matang Batu 9 itu yang mengalami kecederaan di kepala disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan dari Hospital Umum Sarawak.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak Supt Alexson Naga Chabu berkata, jenazah mangsa kemudiannya dibawa ke hospital tersebut dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

- Advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here