Masih belum sihat

0
208

KUCHING: Empat stesen di negeri ini iaitu Sarikei, Samarahan, Sri Aman dan Kuching masih mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap tidak sihat namun berlaku penurunan.


Berdasarkan bacaan yang dipaparkan di http://apims.doe.gov.my/public_v2/api_table.html, Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), bacaan IPU pada jam 6 petang masing-masing mencatat 111, 138, 106 dan 158.
Berbanding pada jam 5 petang tadi iaitu 113, 139, 107 dan 159.


Manakala lapan lagi stesen merekodkan IPU sederhana iaitu Sibu dan Mukah masing-masing (98) diikuti Samalaju, Bintulu dan Miri masing-masing (96) , ILP Miri (95), Limbang (69) dan Kapit (63).


Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategorikan baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) manakala 300 ke atas berbahaya.


Berdasarkan laporan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri setakat jam 4 petang tadi, sebanyak tujuh kawasan titik panas dikesan di Sarawak membabitkan tiga di Sri Aman dan empat di Miri.


Manakala titik panas dikesan di Kalimantan adalah sebanyak 332 sementara di Sumatera 676 dan Brunei 0.

- Advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here