Simpan air emergency

0
384

KUCHING – Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) Sarawak memohon kepada para pengguna yang berada di kawasan loji air pada tahap amaran iaitu di Samarahan, Kuching, Sri Aman, Serian, Mukah, Sarikei dan Betong untuk menggunakan air secara berhemah dan berjimat cermat sepanjang musim kering ini.

JBALB dalam kenyataan berkata, secara keseluruhannya, bekalan air di seluruh Sarawak masih dalam keadaan yang baik dan mampu menampung keperluan pengguna.

“Bagaimanapun hanya di beberapa bahagian, keadaan paras air di loji rawatan air adalah di tahap membimbangkan ekoran musim cuaca kering dan panas yang masih berterusan di seluruh negeri.

“Namun demikian, pihak JBALB Bahagian sentiasa bersiap siaga dalam menghadapi sebarang krisis yang berlaku,” katanya.

Tambahnya, kerjasama semua pihak terutama di kawasan tahap amaran agar menggunakan air secara berhemah adalah sangat dihargai dan sanjungi.

- Advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here