Dadah, enam berdepan hukuman mati

3 lelaki dan 3 wanita ditahan di Sung Hock, Batu 10, disyaki penyalahgunaan dadah

0
808

PADAWAN – Enam orang termasuk tiga wanita dicekup dipercayai terlibat aktiviti penyalahgunaan dadah dalam serbuan polis di sebuah rumah di Sung Hock, Batu 10, Jalan Kuching/Serian malam tadi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Sarawak, Ibu Pejabat Polis Kontinjen, Superintenden Hasnir Abdul Hamid berkata, bertindak atas maklumat dan risikan yang dijalankan, sepasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Padawan (BSJND Padawan) melakukan serbuan lebih kurang 8 malam.

Katanya, keenam suspek ditahan dalam sebuah bilik rumah berkenaan.

“Hasil pemeriksaan lanjut di dalam bilikitu menjumpai beg kulit kecil berwarna coklat berlogo ā€˜Cā€™ dalamnya terdapat satu plastik hitam yang mengandungi dua peket plastik besar lutsinar berisi ketulan-ketulan kristal disyaki dadah jenis syabu seberat 61 gram bernilai RM9,000.

“Kesemua suspek berusia 18 hingga 44 tahun ditahan dan disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 yang membawa hukuman mati,” katanya dalam kenyataan di sini sebentar tadi.

Tambahnya, mereka dibawa ke Pejabat BSJND Padawan untuk tindakan lanjut.

“Saringan awal air kencing terhadap keenam suspek turut positif dadah jenisAMPHETAMINE dan METHAMPHETAMINE.

“Oleh itu, mereka juga ditahan dan disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) ADB 1952,” ujarnya.

Beliau berkata, kesemua suspek juga didapati mempunyai rekod kesalahan lampau.

- Advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here