8 buah loji rawatan air terjejas kemarau

0
494

KUCHING, 18 September: Ekoran keadaan cuaca panas dan kering yang masih berterusan di Bahagian Sri Aman, sebanyak 8 buah loji rawatan air telah terjejas dan beroperasi secara minima iaitu di Loji Rawatan Air Bayai, Pantu, Melugu, Stumbin, Seduku, Lingga, Skim Pembangunan Lemanak dan Engkelili.

Oleh yang demikian, JBALB Bahagian Sri Aman terus mengaktifkan 5 pusat pengambilan air (Centralized Water Collection Centre) iaitu di:

1- Berhadapan Bangunan JKR Sri Aman

2- Flet Kerajaan Negeri Jalan Kedang

3- Berhadapan pusat penjara Sri Aman

4- Kampung Pakit

5-Pasar Lachau

Bagi menambah keberkesanan dan memudahkan para pengguna yang terjejas untuk mendapatkan bekalan air bersih dan terawat, pihak JBALB Sri Aman juga bercadang menambah pusat pengumpulan air di Lingga, Stumbin/Seduku dan Pantu.

Penghantaran air menggunakan tanker juga terus dilakukan oleh pihak JBALB Sri Aman ke kawasan yang teruk terjejas setiap hari sehingga jam 12 tengah malam.

Untuk situasi hari ini, paras air Sungai Marup di Loji Rawatan Engkelili telah mengalami kemerosotan yang agak teruk dan berada pada paras amaran.

Oleh itu, pihak JBALB Sri Aman telah mengambil langkah segera dengan melakukan catuan bekalan air sebanyak dua (2) kali sehari iaitu pada jam 8 pagi – 10 pagi & 3 petang – 5 petang sehingga keadaan kembali pulih dan normal.

Pihak JBALB Bahagian Sri Aman juga telah membuka Bilik Gerakan Operasi yang beroperasi setiap hari bermula jam 8 pagi sehingga 10 malam.

Segala perkembangan terkini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa di laman FB rasmi JBALB Sarawak.

Sebarang aduan dan pertanyaan boleh menghubungi Bilik Gerakan Operasi JBALB Sri Aman di talian 083-323240/083-323242

- Advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here