Usaha pertama di Tebedu gabungan 5 sekolah

0
358

KUCHING – Inisiatif bagi soal Sekolah Kurang Murid (SKM) meskipun mencabar namun usaha sedang dilakukan dengan bantuan kerajaan negeri dan Jabatan Pendaftaran Negeri (JPN) di negeri ini.

Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik berkata, SKM tersebut menghadapi cabaran berikutan penerimaan masyarakat sendiri disebakan keterikatan emosional terhadap sekolah berkenaan.

Katanya, ada yang sayang nak pindah daripada sekolah itu dan risau kehilangan lesen persekolahan yang mana ia tidak akan dibatalkan.

“Usaha pertama akan dilihat di Tebedu dengan menyaksikan penggabungan lima sekolah dan kita sudah pun melihat tapaknya.

“SKM mempunyai keunikan sendiri maka kita atasi secara mikro dan terpilih dengan apa yang paling penting adalah konsultansi dan libat urus semua pihak berkepentingan,” katanya lagi.

Tambahnya, beliau berharap masyarakat dapat memberi kerjasama baik untuk mengutamakan kepada pendidikan anak-anak.

Dalam pada itu, Menteri Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi negeri, Dato Sri Michael Manyin Jawong memberitahu, beliau berharap tender bagi SKM pertama itu akan dikeluarkan pada hujung tahun ini.

- Advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here