IPU Sri Aman hampir cecah 400 status Bahaya dan Kuching sangat tidak sihat – 4 petang

0
409
Gambar ihsan Bomba Sarawak
Kedudukan sensor IPU Sri Aman dari lokasi kebakaran di Taman STC, Sri Aman pada jarak 8km

KUCHING – Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Sri Aman makin meningkat dengan merekodkan status bahaya mencapai 397 dan Kuching pula menurun namun masih sangat tidak sihat dengan 212 setakat pukul 4 petang tadi.

Sekretariat Jabatan Pengurusan Bencana Negeri (JBPN) Sarawak, Mejar (PA) Ismail Mahedin berkata, sebanyak tujuh lagi lokasi pada status tidak sihat iaitu Samarahan (153), Sibu (173), Mukah (133), Miri (124), Bintulu (125), Samalaju (109) dan Sarikei (153).

“Bacaan sederhana pula bagi empat kawasan iaitu di ILP Miri (99), S.K Baram (72), Kapit (69) dan Limbang (76).

“Selain itu, sebanyak 17 titik panas di Sarawak melibatkan satu di Bau, Belaga (dua), Kapit (satu), Sri Aman (6), Lubok Antu (tiga), Lundu (1), Marudi (dua) dan Saratok (satu).

“Bagi di Kalimantan, Indonesia pula, sebanyak 452 titik panas dikesan dan Sumatera (243),” katanya dalam kenyataan di sini sebentar tadi.

- Advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here