Dr Maszlee pantau dekat setiap projek sekolah daif

0
282

KUCHING – Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik sendiri memantau setiap satu projek baik pulih sekolah-sekolah daif di negara khususnya Sarawak secara dekat ketika ini melalui ‘dashboard’ di biliknya.

Menurutnya, tindakan tersebut bagi memastikan setiap sen dikeluarkan pembayar cukai akan sampai pada tempat sepatutnya dan ia dilaksankan sebaiknya.

Katanya, kementerian juga bekerjasama rapat dengan Jabatan Kerja Raya (JKR) bukan saja memastikan ia dibuat mengikut jadual ditetapkan malah kualiti dan spesifikasi yang baik.

“Sebanyak RM350 juta diluluskan bagi fasa pertama yang mana telah dikenal pasti oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) untuk membaik pulih 37 sekolah daif.

“Tujuh telah siap ditender dan 30 lagi pada Disember tahun ini,” katanya selepas membuat pemantauan pembinaan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Tapang di sini sebentar tadi.

Pojek dibawah Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11) itu bernilai RM34.8 juta telah siap 97.9 peratus mengambil masa 18 bulan saja dijangka siap sepenuhnya November nanti.

Tambah Maszlee, mekanisme pemantauan oleh JKR, JPN, Kementerian Kewangan dan kerajaan negeri juga membantu agar memastikan projek itu berjalan lancar dan akhirnya membawa keuntungan kepada rakyat terutama pelajar.

“Saya selalu sebutkan bahawa kementerian memberi perhatian kepada pendidikan dengan memastikan guru dan pelajar mendapat infrastruktur yang berkualiti dan kita meletakkan politik ketepi dalam isu ini,” ujarnya.

Beliau berkata, pihaknya juga telah kenal pasti 32 sekolah daif untuk baik pulih dengan peruntukan RM100 juta pada 2019 yang dijangka siap 16 Disember nanti.

- Advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here