Cacing dalam tengkorak kepala

0
449

CHINA- Pernahkah anda mengalami sakit kepala yang kadang-kadang berlarutan sehingga penghujung hari atau mungkin berterusan sehingga keesokan harinya, membuatkan anda tidak mahu bangun dari katil?

Mungkin anda patut memeriksa kepala anda selepas ini.Seorang lelaki yang dilaporkan telah mengalami sakit kepala selama 30 tahun akhirnya menamatkan kesengsaraannya apabila pakar bedah mengeluarkan cacing parasit yang terdapat di tengkoraknya.

Lapor Global Times, lelaki bernama Zhang telah mengalami pening dan migrain sejak 1989.Tidak mampu menanggung sakit lagi, lelaki berusia 59 tahun itu pergi ke hospital di Guangzhou, China untuk mengetahui punca kenapa berdekad kepalanya pening.

“Kepala saya mula sakit pada tahun 1989. Saya juga pening kepala dan berpeluh pada waktu malam,” katanya.

Zhang juga mempunyai epilepsi dan semua ubat yang telah diberikan oleh doktor sebelum ini tidak berfungsi sama sekali.

Selepas menjalani rawatan imbasan di hospital, mereka akhirnya menemui punca di sebalik kesakitannya itu.

Rupa-rupanya, cacing parasit sepanjang 10cm sudah hidup di kepalanya selama bertahun-tahun, menyebabkan migrain yang tidak berakhir.

Parasit itu dikeluarkan dengan selamat dari tengkorak Zhang dalam satu pembedahan.

Dilaporkan bahawa makhluk itu masih boleh bergerak menggeliat walaupun berada di dalam dulang perubatan.

Zhang tinggal di sebuah kampung di pergunungan dan adalah satu amalan biasa untuk penduduk makan katak dan ular sebagai sebahagian daripada makanan mereka.

Jangkitan itu mungkin berpunca dari meminum air sungai atau mungkin memakan katak atau ular setengah masak, menurut Doktor Yan Xueqing, ketua jabatan neurosurgery di hospital.

Setelah cacing parasit itu telah dikeluarkan, Zhang kini telah pulih dan tidak lagi mengalami sakit kepala.

Berhati-hatilah semua, pastikan makanan anda dimasak dengan betul dan bebas dari pencemaran

- Advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here