Graduan Kolej Vokasional Betong cemerlang

0
454

BETONG: Keboleh pasaran graduan Kolej Vokasional (KV) memberi gambaran positif kepada lepasan yang telah menamatkan diploma masing-masing untuk mendapatkan pekerjaan dalam bidang yang diceburi.Dalam masa yang sama diploma yang diperolehi memudahkan peluang masing-masing untuk mencari pekerjaan dalam bidang yang diceburi.

Selain daripada itu, dapat meneruskan pembelajaran keperingkat yang lebih tinggi.

Pencapaian pelajar KV Betong yang menerima dua daripada lima anugerah yang diterima KV di negeri Sarawak semasa Majlis Konvokesyen Kolej Vokasional Kementerian Pendidikan Malaysia Kali Ke-4 yang berlangsung di Universiti Malaysia Sarawak(UNIMAS) pada Rabu lalu sungguh membanggakan pihak pengurusannya.

Pengiktirafan kepada dua graduan masing-masing Timorthy Linsum Andam @ Sulin, bagi Program Diploma Teknologi Sistem Komputer dan Rangkaian dan Dennie Gevie graduan Program Diploma Teknologi Elektronik jelas menunjukkan hasil yang memberangsangkan.

Bagi Pengarah KV Betong, Lim Ah Juan pencapaian pelajarnya sungguh membanggakan dalam bidang masing-masing.

“Kekuatan pencapaian dan hasil yang disumbangkan jelas apabila dua daripada lima anugerah Terbaik Program dalam bidang yang ditawarkan bagi pelajar Kolej Vokasional(KV) ambilan 2015-2019 di anugerahkan kepada graduan dari KV Betong.

“Kita merasa bangga atas penganugerahan yang diberikan kepada graduan KV Betong sekaligus memperlihatkan hasil yang positif diterima pelajarnya berkat didikan guru-gurunya yang sangat komited.

“Terima kasih kepada tenaga pengajar yang berjaya menghasilkan graduan yang berpotensi untuk diketengahkan dalam bidang yang dipelajari dan peluang pekerjaan yang menjamin masa hadapan mereka,” katanya.

Beliau turut menambah, ini membuktikan KV Betong antara KV yang berjaya dan aktif serta komited melahirkan graduan dan tenaga kerja mahir pada masa akan datang.

- Advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here