Peniaga telefon dan pengusaha ikan hiasan ditipu

0
362

SIBU – Seorang peniaga telefon bimbit (hp) dan pengusaha ternak ikan hiasan kerugian ribuan ringgit ditipu seorang wanita memperkenalkan diri sebagai Peggy Cho di sini, baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Stanley Jonathan Ringgit berkata, dalam kes pertama, mangsa penjual hp online melalui laman web mudah menjual iphone XS Maxx kepada suspek pada 12 September lalu.

Katanya, Peggy menyatakan telah membuat pembayaran sebanyak RM4,200 kepada akaun Maybank mangsa.

“Pada masa sama, suspek telah mengambil telefon itu dan membawanya pulang dan mangsa hanya menyedari ditipu selepas memeriksa akaunnya.

“Kes kedua pula menyaksikan suspek Peggy Cho mendorong mangsa menyerahkan tiga ekor ikan Arowana melalui pembayaran menggunakan Cek yang tidak dapat ditunaikan,” katanya.

Tambahnya, suspek menghubungi mangsa pada 21 Ogos lalu dan menyerahkan satu cek pada hari sama dengan ikan telah pun diserahkan mangsa dan keesokan harinya bagi cek kedua.

“Mangsa peniaga hp kerugian RM4,200 manakala pengusaha ternak ikan hiasan pula sebanyak RM16,900.

“Kedua kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” ujarnya.

- Advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here