Bom babi makan tuan

0
986

BELAGA – Seorang lelaki mengalami kecederaan selepas bom babi buatan sendiri telah meletup di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Belaga, Deputi Superintendan Brodie Brangka berkata, hasil maklumat awal diperolehi dari keluarga mangsa, bom tersebut meletup semasa mangsa sedang membuatnya.

“Lelaki berusia 34 tahun itu cedera parah di kedua-dua belah tangan manakala bahagian muka dan badan terkena serpihan bahan letupan.

“Mangsa yang dalam rawatan untuk dibawa ke Hospital Bintulu,” katanya.

Tambahnya, tempat kejadian telah diawasi anggota polis dan tali halangan telah dipasang.

“Sewaktu mengawasi di tempat kejadian anak mangsa telah menyerahkan sebutir bom babi kepada pihak polis dan mengatakan ia adalah kepunyaan bapanya.

“Bom itu telah dirampas sebagai barang kes disamping keterangan saksi akan dikesan dan diambil keterangan,” jelasnya.

Menurutnya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 6 Akta Bahan Letupan 1957.

- Advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here