Rumah Panjang Tinggang dibakar

0
299
Ranap…
Semua gambar kebakaran ihsan Bomba Sarawak

MUKAH – Rumah Panjang Tinggang, Sungai Sebakong dengan lima pintu terbakar disebabkan seorang suspek yang menyalakan api di lantai tempat mereka tinggal, di Sungai Sebakong malam tadi.

Ketua Polis Daerah, Deputi Superintenden Jimmy Panyau berkata, hasil sisatan terhadap isteri suspek menyatakan suaminya menuang minyak petrol di lantai bilik mereka.

Katanya, slepas itu, suspek berusia 30 tahun itu menyalalan api sebelum terus keluar melarikan diri menuju ke kawasan semak berdekatan rumah panjang Tingang.

“Bagaimanapun, isterinya menyatakan mereka tiada masalah sebelum ini dan punca kejadian belum dipastikan lagi.

“Suspek juga dipercayai mengelar leher sendiri dengan pisau dan telah dibawa ke Hospital Mukah dan seterusnya dirujuk ke Hospital Sibu,” katanya.

Tambahnya, siasatan dijalankan dibawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan atas perbuatan khianat dengan api dan Seksyen 309 Kanun Keseksaan bagi cuba bunuh diri.

- Advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here