Petronas diberi masa hingga hujung bulan bayar cukai jualan 5%

0
337

KUCHING – Petroliam Nasional Berhad (Petronas) perlu membayar cukai jualan lima peratus kepada kerajaan Sarawak bagi produk-produk petroleum pada penghujung September ini.

Pengerusi Jawatankuasa Perunding bagi Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) negeri, Datuk Amar Mohd Asfia Awang Nassar berkata, Petronas tiada pilihan namun membayar cukai jualan tersebut dengan ‘Perlembagaan berada pada pihak kita’.

“Kita mempunyai kelebihan. Ia (cukai jualan) dijangka akan dibayar (Petronas),” katanya dalam sidang akhbar selepas taklimat Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari di Kompleks DUN hari ini.

Abang Johari memberi taklimat mengenai kedudukan terbaharu dan senario rundingan antara Sarawak dan kerajaan Persekutuan.

Tambahnya, cukai jualan itu pertama kali dilaksanakan dan reaksi Petronas setakat ini anda perlu bertanya sendiri kepada mereka.

Bagaimanapun, Awang Asfia percaya Petronas akan membayarnya.

Dalam pada itu, ketika ditanya jika Petronas enggan membuat pembayaran itu, Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah memberitahu, jika mereka tidak membayar maka kerajaan akan membawanya ke mahkamah.

- Advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here