Pembakaran Terbuka: Buka ladang kopi

0
375

KUCHING – Orang ramai sekali lagi diseru agar lebih prihatin dan bertanggungjawab supaya tidak melakukan apa jua aktviti pembakaran terbuka bagi mengelakkan keadaan jerebu yang melanda bertambah lebih buruk negeri ini.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, Tiong Ling Hii berkata, sehingga jam 4 petang tadi, bomba telah respons sebanyak lapan kes pembakaran terbuka.

Katanya, jumlah kes kebakaran terbuka sejak 1 September lalu sehingga sekarang adalah sebanyak 249 kes direkodkan bomba.

“Kita juga telah meminta Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Long Pilah (berada lebih 200 km dari pekan marudi) untuk menyiasat keadaan titik panas di lokasi Uma Bawang.

“Pemeriksaan mendapati memang benar ada aktiviti pembakaran terbuka oleh orang kampung bagi tujuan penanaman semula padi huma,” katanya ketika dihubungi di sini sebentar tadi.

Tambahnya, terdapat juga penduduk kampung Uma Bawang membakar untuk pembersihan penanaman kopi.

Sehubungan itu, katanya, PBS Long Pilah telah diminta untuk sentiasa memantau aktiviti pembakaran terbuka di lokasi itu dan menasihati penduduk kampung supaya mengawal apa-apa aktiviti pembakaran terbuka yang dilakukan

.”Bagi lokasi hotspot lain, bomba akan sentiasa memantau dengan bekerjasama pihak Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB) dan Jabatan Alam Sekitar (JAS).

“Pihaknya juga telah meminta NREB di Miri untuk mendapatkan lokasi pengesahan kawasan Marudi yang merekodkan tujuh titik panas oleh sekretariat Jabatan Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) hari ini,” ujarnya.

- Advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here