Kanak-kanak OKU mati lemas di Sungai Balleh

0
408

KAPIT – Kanak-kanak orang kurang upaya (OKU) yang hilang ketika mandi di sungai ditemukan mati oleh penduduk rumah panjang.

Mayat mangsa ditemui kira kira 30 kaki dari tebingan Sungai Balleh, Rumah Gawan Lepong pagi tadi.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak berkata, mangsa berusia lapan tahun ditemukan pada operasi mencari dan menyelamat (SAR) hari kedua pada pukul 7 pagi.

Katanya, pasukan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kapit diketuai PBK 1 Allok Tagal dengan tiga anggota telah terlibat dalam SAR itu.

“Tindakan pasukan Bomba dan agensi lain untuk mengangkat mayat mangsa, Selvester Erukson Burung yang masih berada di tebingan sungai dibawa naik.

“Kemudian mayat itu diserah terus kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

Terdahulu, hilang ketika mandi dengan baju dan seluar mangsa dijumpai masih terdampar di tebing sungai semalam.

Tambah PGO, operasi SAR itu ditamatkan pada pukul 9.54 pagi

- Advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here