Dua maut, kancil bertembung Fortuner di Jalan Astana

0
1597

KUCHING – Seorang pemandu kereta Perodua Kancil dan penumpang maut dalam kemalangan dengan sebuah 4×4 jenis Toyota Fortuner di Jalan Astana, pagi tadi.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak, Superintenden Alexson Naga Chabu berkata, hasil siasatan awal dapati kejadian berlaku pada jam lebih kurang 5.50 pagi.

“Pemandu 4×4 itu bergerak lurus dari arah Kuching dan setiba di Jalan Astana, tiba-tiba sebuah kereta kancil yang datang dari arah bertentangan masuk ke laluannya dan berlaku pertembungan.

“Pemandu berusia 33 dan penumpang (34) kancil cedera dibahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian pada oleh paramedik Hospital Umum Sarawak (HUS),” katanya.

Tambahnya, kedua-dua mayat dibawa ke rumah mayat HUS untuk bedah siasat pada 2 petang nanti.

“Kes ini disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” ujarnya.

- Advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here