Polis sah mayat mangsa bunuh

0
945

SIBU – Polis mengesahkan mayat lelaki yang ditemui tersangkut dengan kayu terapung di Sungai Pasai, Jalan Teku 4 September lalu mati akibat dibunuh.

Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Stanley Jonathan Ringgit yang mengesahkan perkara itu berkata, hasil bedah siasat mendapati mangsa mempunyai banyak kecederaan anggota badan.

“Bedah siasat ke atas mayat mangsa mendapati kecederaan di bahagian badan, kepala dan bahu kiri. Bahu kiri mangsa cedera parah akibat terkena objek tajam.”

“Setakat ini identiti mangsa belum dikenalpasti namun mangsa dipercayai orang asing,” katanya hari ini.

Pada 4 September lalu, seorang pemancing terkejut menemukan satu mayat dipenuhi tato yang sudah mereput dengan pergelangan tangan kiri mayat itu juga didapati hampir putus.

Menurut Stanley, pihak polis tidak ada menerima laporan orang hilang ketika ini.

- Advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here