Lelaki Sepanyol maut jatuh dari pikap

0
675

PADAWAN: Seorang lelaki warganegara Sepanyol maut selepas tergelincir dan terjatuh daripada bahagian kabin terbuka pacuan empat roda di Jalan FAC Matang petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang itu, kenderaan Toyota Hilux itu sedang bergerak dari arah Kuching menuju ke Kampung Telaga Air.

Apabila sampai di Jalan FAC Matang, Francisco Javier Fernandez De Lascoiti Mateo, 28, yang pada ketika itu duduk di bahagian kabin bersama seorang lagi mangsa telah tergelincir dan terjatuh keluar di atas jalan raya.

Akibat daripada itu, Francisco mengalami pendarahan di bahagian kepala dan dihantar ke Normah Medical Specialist Centre Kuching untuk menerima rawatan dan disahkan meninggal dunia pada jam 7.30 malam tadi kerana cedera parah dibahagian kepala.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak, Supt Alexson Naga Chabu berkata, tiga lagi penumpang termasuk pemandu dalam kemalangan itu tiada mengalami kecederaan.

Katanya, mayat mangsa telah dipindahkan ke Hospital Umum Sarawak dan keluarga telah dimaklumkan.

“Kes ini masih dalam siasatan dan kenderaan terlibat di bawa ke Balai Trafik IPD Padawan bagi tujuan pemeriksaan Puspakom dan Jabatan Kimia,” katanya sambil menambah kes itu didakwa dibawah Seksyen 41(1) APJ 1987.

- Advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here