Lelaki dijumpai mati dalam kereta

0
675

KUCHING – Seorang lelaki ditemukan tidak sedarkan diri di dalam sebuah kenderaan Perodua Viva di tempat letak kenderaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching di sini pagi ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1.20 pagi itu, Mohamad bin Bujang, 48, dijumpai tidak sedarkan diri dan ditemukan oleh Pegawai Polis Bantuan yang tengah membuat rondaan di kawasan letak kenderaan tersebut.

Pegawai Bomba Kanan II, (PBKII) Chaplin Wan berkata, semasa pemeriksaan, lelaki itu ditemukan dalam keadaan berpakaian lengkap.

“Lelaki berkenaan memakai baju berwarna merah dan seluar panjang berwarna hitam dijumpai dalam keadaan terbaring di dalam kenderaan tersebut.

“Beliau disahkan meninggal dunia oleh pakar perubatan dan dihantar ke Hospital Umum Sarawak di sini untuk proses bedah siasat,” katanya hari ini.

- Advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here