Pemuda Taman Siniawan dicekup dengan ketamine bernilai RM2,000 di Jalan Bau/Lundu

0
1142

BAU – Seorang pemuda berusia 23 tahun ditahan polis selepas ditemukan bersama dadah jenis ketamine dalam kereta dipandu dihadapan stesen SHELL, Jalan Bau/Lundu pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Bau, Deputi Superintenden Poge Anak Nyaon berkata, suspek yang memandu dalam keadaan mencurigakan ditahan oleh unit MPV Bau ketika membuat rondaan cegah jenayah di sekitar Bau lebih kurang pukul 2.15 pagi.

“Pemeriksaan terhadap badan mangsa tidak menemukan apa-apa barang yang menyalahi undang-undang namun ketulan kristal disyaki dadah jenis ketamine.

“Sebanyak tiga peket plastik lutsinar ditemukan di atas lantai tempat duduk belakang sebelah kiri kereta mengandungi dadah seberat 17.7 gram yang dianggarkan bernilai RM2,000,” katanya.

Tambahnya, suspek yang tidak bekerja kemudian ditahan untuk siasatan lanjut.”Dia ditahan dan disiasat mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 yang jika disabit kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak lebih lima tahun.

“Selain itu, dia juga disiasat dibawah Seksyen 15 (1)(a) akta sama yang mana jila sabit kesalahan boleh didenda sehingga RM5,000 atau penjara tidak lebih 2 tahun dan Perintah Pengawasan tidak kurang dua tahun dan tidak lebih tiga tahun Seksyen 38B ADB 1952,” ujarnya.

- Advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here