Pemancing kedua ditemukan, Perairan Pulau Sari, Jalan Kuala Lawas

0
894

LAWAS – Mayat mangsa kedua ditemukan dalam keadaan terapung di persisiran pantai Pulau Sari Besar malam tadi.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak dalam kenyataan berkata, pemancing tersebut ditemukan pada pukul 11.05 malam.

Katanya, pasukan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lawas telah bergerak ke lokasi menggunakan sebuah bot bomba diketuai PBKII Celica.

“Pencarian dilakukan oleh Pasukan Bomba Sukarela Kampung Punang bersama penduduk kampung seramai 16 orang turut dibantu Agensi Kastam terdiri daripada Limbang, Lawas dan juga Labuan dengan 19 anggota.

“Mayat mangsa disahkan sebagai Farouk, staf TM telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

Semalam, mayat Yee Chon Tiong, 30, ditemukan pada pukul 8.50 pagi.Jelas kenyataan itu, sehingga kini, seorang lagi mangsa, Mohamad Amirul Bakar (Pegawai Kastam) masih belum ditemukan.

- Advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here