Warga Taiwan 70 tahun ditemukan selamat di Taman Negara Bako pagi tadi

0
462

KUCHING – Seorang pelancong warga Taiwan, Shin berusia 70 tahun yang dilaporkan hilang ketika melalukan aktiviti ‘jungle tracking’ ditemukan selamat selepas keluar daripada laluan di Telok Asam, Taman Negara Bako pagi tadi.

Menurut sumber, mangsa Shein Chi Ching, difahamkan berjaya keluar sendiri sekitar pukul 7 pagi tadi.Bagaimanapun, tiada lagi maklumat lanjut berikutan mangsa sedang disoal oleh pihak berkaitan.

Terdahulu, warga emas itu dilaporkan hilang ketika melakukan aktiviti jungle trekking bersama dua rakannya.

Mangsa dipercayai terpisah dan disedari hilang pada pukul 2 petang.

Kedua-dua rakan mangsa yang selamat tiba di lokasi permulaan kemudian telah membuat laporan kehilangan mangsa kepada pihak renjer Taman Negara Bako.

Selepas itu, renjer telah memaklumkan kepada Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak sebelum operasi pencarian dilakukan bermula semalam.

- Advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here