Sri Aman, Kuching dan Samarahan masih tidak sihat

0
408

KUCHING – Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Sarawak tiga lokasi masih berstatus tidak sihat iaitu di Sri Aman dengan bacaan 192, Kuching (144) dan Samarahan (121) setakat pukul 22 tengah hari ini.

Sekretariat Jabatan Pengurusan Bencana Negeri (JBPN) Sarawak, Mejar (PA) Ismail Mahedin berkata, mengikut Jabatan Alam Sekitar sebanyak 10 lagi lokasi pada status sederhana iaitu Sibu (76), S.K Baram (69), Mukah (63), Miri (71), Bintulu (67), Samalaju (60), Kapit (62), Limbang (53), Sarikei (79) dan ILP Miri (64).

“Selain itu, tiada titik panas di Sarawak namun di Kalimantan pula, sebanyak 255 dan Sumatera (391),” katanya dalam kenyataan di sini sebentar tadi.

- Advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here