Sri Aman, Kuching dan Samarahan masih rekod IPU tidak sihat tapi menurun – 4 petang

0
374

KUCHING – Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Sarawak tiga lokasi mencapai status tidak sihat iaitu di Sri Aman dengan bacaan 182, Kuching (138) dan Samarahan (119) setakat pukul 4 petang ini.

Sekretariat Jabatan Pengurusan Bencana Negeri (JBPN) Sarawak, Mejar (PA) Ismail Mahedin berkata, mengikut Jabatan Alam Sekitar sebanyak 10 lagi lokasi pada status sederhana iaitu Sibu (85), S.K Baram (72), Mukah (70), Miri (71), Bintulu (73), Samalaju (66), Kapit (62), Limbang (53), Sarikei (84) dan ILP Miri (66).

“Selain itu, tiada titik panas di Sarawak namun di Kalimantan pula, sebanyak 255 dan Sumatera (391),” katanya dalam kenyataan di sini sebentar tadi.

- Advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here