Jerebu: Persekutuan, Negeri Tidak Serius

0
456

KUCHING: Parti Bansa Dayak Sarawak Baru (PBDS Baru) dan State Reform Party Sarawak (STAR) menyelar kerajaan persekutuan yang kelihatan tidak bertanggungjawab dengan keadaan jerebu di negeri ini.

Dalam kenyataan media bersama, Ketua Publisiti PBDSB William Mangor dan Presiden STAR Lina Soo mendakwa bahawa tidak ada usaha serius dari kerajaan persekutuan dan negeri ketika menangani isu tersebut.

“Di mana Menteri Alam Sekitar persekutuan kita? Dia seolah-olah terlupa dan sangat tenang tentang keadaan jerebu di negeri ini.

“Ya, kita sedar bahawa Menteri yang bertanggungjawab, Yeo Bee Yin mencadangkan untuk menulis nota diplomatik empat hari selepas keadaan jerebu.

“Tetapi tidak ada kemas kini mengenai itu,” ujar William.Sementara itu, Soo mahu Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Datuk Amar Douglas Uggah Embas melepaskan jawatannya itu.

“Dia telah gagal mengendalikan isu-isu dan terlalu lembut bila berurusan dengan kerajaan persekutuan.

“Wabak rabies juga mengambil masa beberapa tahun untuk dikawal.”Begitu juga dengan keadaan jerebu di Sarawak yang sudah beberapa hari belaku sebelum dia tampil untuk mengeluarkan kenyataan,” tegasnya.

Sekiranya keadaan masih belum selesai, PBDSB dan STAR juga akan menghantar memorandum kepada konsulat Indonesia.

- Advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here