Empat rumah terbakar, dua kanak-kanak diselamat jiran

0
924

SIBU – Tindakan pantas jiran berjaya menyelamatkan dua kanak-kanak dalam salah sebuah daripada empat rumah yang terbakar di Jalan Amoy bertentangan Kingwood Hotel, sebentar tadi.

Menurut sumber, kebakaran itu berlaku sekitar 8 pagi tadi.

“Rumah pertama musnah sepenuhnya manakala tiga lagi pada bahagian dalam dan bumbung terbakar,” katanya.

Maklumat lanjut akan menyusul selepas ini.

Kemaskini

Empat buah rumah hangus terbakar dalam satu insiden kebakaran di Jalan Amoi, Sibu, di sini pagi ini.

Bagaimanapun, tindakan pasukan bomba berjaya menyelamatkan rumah lain yang dibina sederet dengan rumah tersebut.

Pemangku Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sarawak, Peguasa Kanan Bomba I (PgKB I) Tiong Ling Hii berkata, Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Negeri Sarawak terima panggilan daripada orang awam yang memaklumkan mengenai kejadian itu kira-kira pukul 8.33 pagi ini sebelum dua buah jentera Fire Rescue Tender (FRT) sebuah Jentera Emergency Medical Rescue Services (EMRS) atau Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sibu termasuk sebuah lagi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Merah tiba kira-kira 10 minit kemudian.

“Semasa kejadian, api didapati telah mula marak dan telah memusnahkan kira-kira 90 peratus deretan rumah berkenaan yang membabitkan empat pintu.

“Bagaimanapun, api berjaya dikawal kira-kira pukul 9.08 pagi ini membabitkan 21 orang anggota yang diketuai Penolong Penguasa Bomba (PPgB) Mohd Luthfil Hadi Bin Roslan,” katanya di sini hari ini.

PgKB I Tiong Ling Hii menambah, tiada mangsa dilaporkan cedera dalam kejadian berkenaan manakala pasukan penyiasat kebakaran masih lagi menjalankan pemeriksaan lanjut di tapak kejadian bagi mengenalpasti punca kejadian termasuklah nilai kerugian dan operasi tamat pada jam 11.16 pagi.

- Advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here