Dadah: Lelaki Indonesia dicekup di Wharf Penambang

0
395

BINTULU – Seorang pengganggur warga Indonesia dicekup polis dipercayai terlibat aktiviti penyalahgunaan dadah di hadapan Wharf Penambang, Taman Sri Dagang, di sini pada 5 September lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Sarawak, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK), Superintenden Hasnir Abdul Hamid berkata, bertindak atas maklumat dan risikan, sepasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah
Narkotik Daerah Bintulu (BSJND Bintulu) telah membuat pemeriksaan terhadap suspek berkenaan sekitar 12 tengah hari.

“Bagaimanapun, suspek bertindak agresif untuk melepaskan diri daripada tangkapan dan pemeriksaan namun pasukan serbuan berjaya menahannya.

“Pemeriksaan badan menjumpai satu peket plastik kecil Iutsinar berisi ketulan kristal disyaki syabu dan dua tiub straw lutsinar kemerahan dari dalam poket hadapan sebelah kanan jaket dipakai dengan berat keseluruhan 7.2 gram dianggarkan bernilai RM1,500,” katanya dalam kenyataan di sini sebentar tadi.

Tambahnya, suspek berusia 23 tahun itu ditahan dan disiasat di bawah Sek. 39A (1) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan seterusnya di bawa ke pejabat BSJND Bintulu untuk tindakan lanjut.

“Hasil ujian saringan awal air kencing yang dilakukan terhadap suspek didapati
positif dadah jenis methamphetamine.

“Suspek juga disiasat mengikut Seksyen
15 (1)(a) ADB dan Seksyen 6 (1)(C) Akta lmigresen 1959/63,” jelasnya.

- Advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here