Anggota APM Betong tangkap sang bedal

0
405

BETONG – Empat anggota Angkatan Pertahanan Awan (APM) Betong berjaya menangkap seekor buaya sepanjang enam kaki yang terperangkap dalam jaring penduduk di Rumah Baba Pasa Baroh Betong, pagi tadi.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Betong, Kapten (PA) Usman Harto berkata, pihaknya menerima maklumat daripada Bilik Gerakan MER’S 999 mengenai kehadiran buaya itu sekitar pukul 11.08 pagi.

“Sehubungan itu, pasukan APM Betong bergerak ke lokasi kejadian dan tiba di lokasi pada pukul 11.30 pagi.

“Skuad Bravo mendapati seekor buaya terperangkap di jaring dan kemudian operasi menangkapnya dijalankan 25 minit untuk menangkap sang bedal itu sebelum bertolak balik ke PKOD,” katanya dalam kenyataan di sini sebentar tadi.

- Advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here