409 sekolah Sarawak ditutup akibat jerebu

0
279
Sekolah ditutup – UPSR diteruskan

KUCHING – Sebanyak 409 buah sekolah dari sembilan buah daerah di Sarawak ditutup akibat jerebu.

Daerah Padawan mencatatkan jumlah tertinggi menyaksikan 101 sekolah ditutup, 86 sekolah rendah dan 15 sekolah menengah melibatkan 46,572 orang pelajar.

Kuching mencatat jumlah kedua tertinggi melibatkan 87 buah sekolah, 61 sekolah rendah dan 26 sekolah menengah tetapi melibatkan lebih ramai pelajar dengan rekod menunjukkan 60,509 orang terjejas.

Daerah Betong menyaksikan 53 buah sekolah ditutup, 45 sekolah rendah dan 8 sekolah menengah dengan 14,520 orang pelajar.

Daerah Lundu merupakan satu satunya daerah yang tidak melibatkan sekolah menengah kerana semua 30 buah sekolah yang ditutup adalah sekolah rendah.

Berikut ialah jumlah keseluruhan sekolah dan pelajar terlibat:

- Advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here