Jambatan Batang Lassa dilancarkan

0
491

DARO: Kerajaan Sarawak sentiasa berusaha untuk melaksanakan projek mega infrastruktur bagi memaksimumkan pembangunan di luar bandar dan pedalaman.

Inisiatif itu terbukti dengan pelaksanaan projek pembinaan Jambatan Muara Lassa di sini hari ini.

Majlis pecah tanah projek jambatan sepanjang 2.43 kilometer dengan kos RM597.58 juta itu disempurnakan oleh Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg hari ini dan ia akan menghubungkan rangkaian jalan pesisir Sarawak.

Jambatan itu dijangka siap dalam tempoh 48 bulan dan akan menghubungkan rangkaian jalan pesisir Sarawak selain dapat membantu pelaksanaan projek bekalan air paip ke Pulau Bruit.

Kerajaan Sarawak turut membayar pampasan berjumlah RM644,413 kepada 40 pemilik tanah di daerah ini yang terlibat dalam

Jabatan Kerja Raya Sarawak dalam satu kenyataan di sini berkata, sebanyak 37 tanah lot berhakmilik dan 29 lot tanah kerajaan tidak berdaftar dalam rangkuman kawasan seluas 13.9641 hektar sekitar Kampung Badong dan Kampung Kut yang terlibat dalam projek tersebut.

“Kerajaan membayar pampasan yang adil dan munasabah kepada pemilik-pemilik tanah apabila pengambilan balik tanah dilakukan selaras dengan peruntukan sedia ada dalam Kanun Tanah Negeri (Bab 81) dan Perkara 13,Perlembagaan Persekutuan,” menurut kenyataan tersebut.


- Advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here