Jambatan Batang Lassa bakal selesaikan masalah air bersih Pulau Bruit

0
858

DARO: Pelaksanaan projek pembinaan Jambatan Muara Lassa akan menyelesaikan masalah bekalan air bersih di kawasan Pulau Bruit.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata paip akan disambung mengikut jambatan ini melalui jalan darat.

Beliau bercakap dengan pemberita selepas Majlis Pecah Tanah Jambatan Muara Lassa di sini hari ini.

Jambatan sepanjang 2.43 kilometer itu dibina dengan kos RM597.58 juta dan akan melengkapkan rangkaian jalan pesisir Sarawak.

Kerajaan Sarawak juga mengkaji semula projek bekalan air ke Pulau Bruit dan mempunyai rancangan jangka pendek dan jangkamasa panjang.

“Jangka pendek ialah pam penaik air (water booster pump) akan digunakan dan sebuah loji rawatan akan dibina manakala bagi perancangan jangka panjang, bekalan air paip ke kawasan itu dihubungkan dengan projek grid bekalan air Sarawak yang djangka siap tahun 2023 nanti, ” kata Abang Jo.

Apabila siap kelak, jambatan itu bakal mengubah lanskap pembangunan dan meningkatkan taraf hidup penduduk kampung pesisir Sarawak.

- Advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here