Isu bekalan air Kanowit

0
463

KANOWIT: Ahli Dewan Undangan Nengeri (ADUN) N50 Machan Allan Siden serius dalam menangani isu bekalan air bersih di Kanowit.

Beliau telah meninjau sendiri keadaan loji air Kanowit bersama Pengarah Bekalan Air Luar Bandar Sarawak Ir. Chang Kuet Shian serta beberapa pegawai daripada Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) Bahagian Sibu, semalam.

Semasa lawatan tersebut, Allan telah diberi penerangan dari pihak JBALB Sarawak mengenai isu bekalan air yang telah belaku baru-baru ini di daerah Kanowit.

JBALB memaklumkan bahawa tindakan jangka pendek sedang dilaksanakan oleh pihak JBALB iaitu dengan sistem penapis membran (ChemaquosUF Membrane System) di loji Rawatan Air Kanowit yang dijangka akan digunakan pada oktober 2019 ini.

Projek yang dinamakan sebagai ‘Design and Build Proposed Performance Based Contract For Short Term Solution For Acute Water Supply Shortage For Kanowit WaterTreatment Plant (WTF), Sibu Division’ melibatkan dua fasa iaitu sebanyak 2MLD kepada kawasan Kanowit.

Menurut jabatan itu, projek ini telah pun bermula pada April tahun 2019 dan fasa 1 akan siap pada Oktober 2019 manakala Fasa 2 pula akan disiapkan pada November akan datang.

- Advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here