PBDSB: Dayak Sarawak Tolak Jawi

Jawi ini seolah-olah sebagai salah satu cara halus untuk mengislamkan anak-anak Dayak.

0
1209

MIRI: Pengenalan Jawi kepada pelajar sekolah di Sarawak khususnya kaum Dayak adalah tidak tepat pada masanya dan dikhuatiri memberi implikasi negatif.

Presiden Parti Bansa Dayak Sarawak (PBDS) Baru Bobby William verkata, isu ini diperbesarkan sedangkan lebih banyak lagi isu pendidikan yang perlu dibincangkan dengan lebih serius.

“Bukan itu sahaja, ia seolah-olah dilihat cuba mengalihkan perhatian dari isu-isu yang lebih besar.

“Kita melihat bahawa isu Jawi ini seolah-olah sebagai salah satu cara halus untuk mengislamkan anak-anak Dayak.

“Kenapa Kementerian Pendidikan tidak memperkenalkan subjek sejarah mengenai pelbagai bangsa? Atau memfokuskan bidang kreativiti dan inovasi dalam pendidikan untuk agar generasi dalam negara ini seiring dengan masyarakat global,” katanya menerusi kenyataan media, semalam.

Menurutnya, kerajaan Negeri Sarawak sepatutnya mempercepatkan urusan Autonomi pendidikan Sarawak.

“Jika tidak, setiap keputusan Putrajaya memberi kesan kepada kita di Sarawak,” tambahnya.

PBDSB turut mengumumkan bahawa mereka menyertai dan menyokong Gerakan SEKAT (Seni Khat Action Team).

Parti tersebut mempunyai Sekratariat SEKAT Sarawak yang diwakili oleh Ketua Komunikasi PBDSB William Mangor.pixBobby William Presiden PBDSB

- Advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here