Dadah, 910 orang ditangkap di Sarawak

KUCHING – Seramai 910 orang telah ditangkap polis di seluruh Sarawak di atas pelbagai kesalahan melibatkan aktiviti kegiatan dadah sepanjang bulan Ogos lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Sarawak, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK), Superintenden Hasnir Abdul Hamid berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) khususnya JSJN sentiasa berusaha membanteras sindiket penyeludupan dan pengedaran dadah di setiap pelusuk negeri ini.

Katanya, pelbagai tindakan proaktif telah diambil bagi mengesan
sindiket atau individu yang aktif menjalankan aktiviti pengedaran dadah melalui siasatan dan risikan secara profesional.

“Dari 910 orang, seramai 41 orang telah ditangkap di bawah Kategori Bekalan, 217 orang di bawah Kategori Memiliki, 598 orang di bawah
Kategori Urin Positif manakala seramai 54 orang pengedar telah ditangkap mengikut Akta Dadah Berbahaya (Langkah Langkah Pencegahan Khas) 1985.

“Bagi tempoh Jan-Ogos tahun ini, pelbagai jenis harta disyakl diperolehi
daripada aktiviti pengedaran dadah bemilai RM 3,958,329.79 disita mengikut
peruntukan di bawah Akta Dadah Berbahaya (Perlucuthakan Harta) 1988,” katanya.

Tambah beliau, kejayaan itu adalah terhasil daripada daya usaha dan komitmen yang tinggi
JSJN Kontinjen serta jalinan kerjasama diberikan rakyat Sarawak.

“JSJN Kontinjen Sarawak amat menghargai dan mengucapkan jutaan terima kasih di atas keperihatinan seluruh rakyat Bumi Kenyalang di dalam penyaluran maklumat tentang
aktiviti penyalahgunaan dadah,” ujarnya.

- Advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here