Dua warga Indonesia dicekup bersama Syabu

0
359

BINTULU – Dua warga Indonesia yang mengganggur dicekup polis selepas menemukan syabu seberat 6.8 gram dianggarkan bernilai RM1,500 dalam serbuan di sebuah bilik hotel bajet, Jalan Masjid, Bintulu semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Sarawak, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK), Superintenden Hasnir Abdul Hamid berkata, bertindak atas maklumat dan risikan, satu serbuan dijalankan lebih kurang pukul 1 petang.

” Bahagian Siasatan Jenayah
Narkotik Daerah (BSJND) menahan dua lelaki berusia 28 dan 25 tahun yang berada di dalam bilik itu.

“Hasil pemeriksaan pula menjumpai satu beg berwarna hitam yang dalamnya mengandungi peket plastik kecil Iutsinar berisi ketulan-ketulan kristal disyaki
dadah jenis syabu.

“Suspek ditahan dan disiasat di bawah Sek. 39A (1) Akta Dadah Berbahaya 1952
dan seterusnya di bawa ke pejabat BSJND Bintulu untuk tindakan lanjut,” katanya.

Tambah beliau, kedua-dua
suspek ditahan dilokap Balai Poliz Pusat Bintulu.

“Kedua-dua suspek juga ditahan dan
disiasat di bawah Seksyen 6(1)(C)Akta Imigresen 1959/63,” ujarnya.

- Advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here