Abg Jo puji SMK Chung Hua Miri

0
778
Abang Johari sedang berbual dengan salah seorang pelajar semasa meninjau salah sebuah makmal di SMK Chung Hua Miri petang tadi.
Abang Johari memberikan ‘high five’ kepada pelajar yang menyambut ketibaan di SMK Chung Hua Miri petang tadi.

MIRI: Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg memuji usaha SMK Chung Hua Miri dalam membina dan menaiktaraf kemudahan pembelajaran digital di sekolah itu.

Beliau berkata, langkah ini amat wajar sebagai persiapan untuk mereka menghadapi cabaran teknologi dan dunia digital.

Katanya, kerajaan dibawah Gabungan Parti Sarawak (GPS) komited dalam menyediakan landasan kepada rakyat khususnya generasi muda untuk mempelajari dan meningkatkan kemahiran dalam bidang ini.

“Ekonomi negeri tidak lagi bergantung dengan minyak dan gas, sebaliknya sumber data akan memacu sumber ekonomi Sarawak.”

“Kita amat memerlukan golongan intelektual yang mahir dalam algoritma, transaksi digital dan berkaitan,” katanya pada majlis penyampaian replika cek RM1 juta kepada Lembaga Pengurusan SMK Chung Hua di sekolah itu petang tadi.

Peruntukan itu telah digunakan untuk menaiktaraf perpustakaan dan membina fasiliti makmal mata pelajaran sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM), Makmal Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT), makmal robotik.

Katanya, peruntukan itu menzahirkan usaha GPS yang bersungguh-sungguh mahu melahirkan generasi baharu yang dapat menguasai ilmu teknologi dan digital.

Abang Johari turut melawat salah sebuah fasiliti tersebut sebelum meluangkan masa bersalaman dengan para pelajar yang berbaris menyambut ketibaan beliau sambil mengibarkan bendera negeri.

Hadir sama pengerusi lembaga pengarah SMK Chung HUa Miri, Tan Sri Datuk Paduka Chai Yu Lan, Menteri Pengangkutan Datuk Lee Kim Shin, Menteri Muda Pelancongan, Seni dan Kebudayaan Datuk Sebastian Ting dan Pengetua Albert Ong Ngee Hong.

- Advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here