Pelajar maut motosikal langgar lori

0
516

PUSA: Seorang pelajar yang bakal menduduki SPM pada tahun ini, maut manakala seorang lagi cedera parah apabila motosikal yang dinaiki mereka merempuh belakang sebuah lori dalam kejadian sekitar jam 8 malam Rabu.

Pemangku Ketua Polis Daerah Betong ASP Noor Illham Hadeni, dalam kenyataannya dan mengesahkan kemalangan berlaku di Jalan Pusa, berhampiran dengan Klinik Kesihatan.

Penunggang yang dikenali sebagai Abang Mohd Hamizan merupakan pelajar Tingkatan Lima SMK Pusa yang bakal menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) maut ditempat kejadian.

Rakannya yang membonceng dikenali sebagai Mohamad Ikmarizam yang mengalami kecederaan parah di bahagian kepala.

“Kedua-dua mangsa masing-masing pelajar berusia 17 tahun yang menaiki sebuah motosikal dipercayai merempuh belakang sebuah lori sehingga mengakibatkan penunggang maut dan pembonceng cedera parah,” jelasnya.

Mangsa yang cedera telah dikejarkan ke klinik sebelum dirujuk ke hospital.

Menurutnya lagi, siasatan awal mendapati motosikal yang dinaiki kedua-dua mangsa telah melanggar belakang lori ketika mereka hendak memotong kenderaan lain.

Akibat daripada itu menyebabkan mereka terbabas ke bahu jalan.

“Siasatan lanjut akan dijalankan di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” ujar Ilham.

- Advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here