Allahyarham Mejar Mohd Zahir Armaya, kehilangan buat TDM

0
354

KOTA KINABALU – Pemergian Allahyarham Mejar Mohd Zahir Armaya satu kehilangan kepada Tentera Darat Malaysia (TDM) yang disahkan tertembak sewaktu latihan demonstrasi keupayaan Tentera Darat semasa perasmian acara Pelancaran Divisyen Kelima Infantri Malaysia dan Briged Ke-13 Infantri Malaysia di Kem Lok Kawi, Kota Kinabalu, Sabah hari ini.

TDM dalam kenyataan berkata, latihan demonstrasi keupayaan tersebut telah dilaksanakan sejak 26 Ogos lalu.

Bagaimanapun, semasa pelaksanaan demonstrasi pada hari sebenar, berlaku situasi yang menyebabkan kemalangan jiwa itu.

“Allahyarham berusia 36 tahun merupakan pegawai dari pasukan 11 Rejimen Gerak Khas, Kem Sungai Udang, Melaka.

“Allahyarham merupakan bapa kepada 5 anak berusia antara 9 tahun hingga 5 bulan berasal dari Kuala Lumpur,” jelas kenyataan itu.

Dalam pada itu, Panglima Tentera Darat, Jeneral Dato’ Seri Panglima Ahmad Hasbullah Mohd Nawawi menzahirkan ucapan takziah kepada balu dan keluarga wira negara ini.

“Semoga keluarga redha dan sabar dengan ujian Allah S.W.T dan menyifatkanAllahyarham meninggal dunia dalam tugas yang besar pahalanya (syahid).

“TDM sangat menyayangi Allahyarham, namun Allah lebih menyayangi beliau.

TDM telah membuat segala urusan pengebumian jenazah dan urusan kebajikan kepada waris mangsa,” jelasnya.

Jelas kenyataan itu lagi, TDM juga akan menubuhkan lembaga siasatan bagi mengenalpasti punca kejadian.

- Advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here