Gerawat kecewa projek jalan lambat

0
704

MULU: Agensi berkaitan diminta memantau projek pembinaan jalan yang menghubungkan Miri dan pekan Marudi dengan Mulu menerusi Long Terawan, Mulu untuk menggelakkan kelewatan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Mulu Datuk Gerawat Gala berkata, beliau yang melawat projek itu pada 29 Ogos lalu tidak berpuas hati dengan perkembangan projek itu yang amat perlahan.

“Hanya terdapat tiga buah mesin sedang melakukan kerja manakala pejabat yang sepatutnya ada baru didirikan dan tiada kakitangan di tapak.”

“Sudah lima bulan sejak projek ini dianugerahkan kepada kontraktor dan perlaksanaannya amat lambat berbanding jadul dalam kontrak,” katanya semasa melakukan lawatan di tapak pembinaan jalan berhampiran Rumah Entika, Poyut-Lubok Nibong.

Sehubungan itu Gerawat mahu Jabatan Kerja Raya (JKR) memantau kontraktor berkenaan dengan tegas bagi memastikan mereka mematuhi kandungan kontrak dan tidak melewatkan projek itu.

Gerawat menambah, beliau akan mengadakan mesyuarat dengan JKR bagi memantau prestasi kontraktor tersebut.

“Saya akan berjumpa dengan Ketua JKR Wilayah Miri pada 5 September untuk mengambil tindakan bagi mengatasi kelewatan projek ini.

“Katanya, JKR harus mengambil tindakan ke atas kontraktor yang gagal menunjukkan prestasi mengikut kontrak termasuk menamatkan kontrak mereka.

- Advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here