2,090 karton rokok dirampas

0
603

KUCHING – Operasi Libas, Risik Ibu Pejabat Briged Pasukan Gerakan Am (PGA) Sarawak merampas 2,090 karton rokok pelbagai jenama yang diseludup termasuk sebuah kereta jenis Perodua Axia dengan nilai keseluruhan RM411,200 dalam serbuan pagi tadi.

Menurut Komander Briged Sarawak PGA, SAC Dato’ Khaw Kok Chin, bertindak atas maklumat, pasukan polis Cawangan Risik IP Briged Sarawak diketuai ASP Risik, ASP Norman Chendan Philip Picha Rumpang dan tiga pegawai SPRM Kuching melakukan serbuan di sebuah rumah di No 2 Jalan Kwong Lee Bank, Pending Heights.

“Pemeriksaan menjumpai pelbagai jenis rokok berjumlah 40 kotak mengandungi 2,090 karton rokok yang dipercayai tidak bercukai.

“Kesemua rokok dirampas dan akan diserah kepada pihak Ibu Pejabat Polis Daerah Kuching untuk tindakan lanjut,” katanya.

Tambah Kok Chin, kesalahan itu dibawah Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967 kerana melindungi, menyimpan, menyembunyi atau mempunyai dalam milikannya atau membenarkan, membiarkan, menyebabkan atau mendapatkan untuk dilindungi, disimpan atau disembunyikan apa-apa barang – barang tidak terkastam atau barang larangan.

- Advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here