KUCHING – Penduduk di Lorong Pasir bimbang dengan keselamatan kejiranan mereka selepas beberapa penunggang motosikal mencurigakan meronda di sini sekitar pukul 4.30 hingga 5.30 petang setiap hari.

Sarawak Community Policing Association (SCPA) dalam kenyataan berkata, kebimbangan tersebut juga berikutan kes kehilangan tong gas, komputer riba, jam mahal dan pengecas kereta beberapa bulan kebelakangan ini.

“Sehubungan itu, penduduk mendapatkan bantuan SCPA untuk bekerjasama dengab polis melakukan sesi dialog komuniti dan polis di rumah Dr Chan Tiang Ho kelmarin.

“Antara perkara dibincangkan adalah polis dan SCPA membuat rondaan di kejiranan itu berkala terutama waktu banyak motosikal mencurigakan,” jelas kenyataan itu.

Yang turur hadir, Pengerusi SCPA, Datuk Lau Pang Heng dan mewakili polis, Sarjan Mejar Hassan dan Sarjan Ramli.

Seramai 15 penduduk hadir sesi dialog bagi membincangkan soal keselamatan disamping seorang residen menunjukkan rakaman kamera litar tertutup yang berkaitan kepada polis.

Tambahnya, polis juga meminta agar penduduk-penduduk membantu dan melaporkan jika ada orang mencurigakan masuk ke rumah jiran mereka.

“SCPA juga mencadangkan agar penduduk menubuhkan unit kepolisan komuniti bagi bekerjasama dengan polis dalam mencegah sebarang jenayah.

“Penduduk juga menghargai respons pantas polis untuk berbincang mengenai kebimbangan keselamatan kejiranan di sini,” ujarnya.

- Advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here