Internet berkelajuan tinggi di Ulu Baram

0
543

LONG SAN: Janji kerajaan untuk menghubungkan rakyat di pedalaman dengan internet tertunai dengan pelancaran jalur lebar tanpa wayar (WiFi) berkelajuan tinggi di Long San, Ulu Baram hari ini.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, Beliau berkata, kerajaan bekerjasama bekerjasama dengan Lembaga Multimedia Sarawak (SMA) untuk menambah kelajuan internet di kawasan Long San.

Beliau berkata, projek peringkat percubaan yang siap tiga bulan lalu menyediakan kelajuan 10 Megabit per saat (mbps) masing-masing untuk SMK Temenggong Datuk Lawai Jau dan kampung Long San.

“Saya amat sukacita dapat melancarkan Wifi di sini hari ini. Ini Bermakna, anak-anak kita dapat akses dengan dunia luar. Begitu juga penduduk di Long San, selepas ini mereka dapat memasarkan produk mereka ke luar.”

“Tadi saya cuba dengan telefon saya, nampaknya Whatsapp saya telah sampai dengan cepat kepada orang yang saya hantar. Sekarang anda boleh menghantar mesej ke mana sahaja dengan cepat,” katanya semasa pelancaran perkhidmatan rangkaian internet tanpa wayar SMA di SMK Temenggong Datuk Lawai Jau, Long San hari ini.

Long San terletak kira-kira lima jam perjalanan melalui jalan balak dari Miri.

Abang Johari menambah, kemudahan internet ini sudah pasti akan membantu anak-anak di Long San belajar dan dapat menguasai lebih banyak ilmu khususnya berkaitan sains dan matematik.

Ia juga membantu komuniti di Long San dan sekitarnya memasarkan produk tempatan ke luar kerana adanya akses transaksi online untuk perniagaan.

“Kalau kita dapat keluarkan barang dari kampung halaman maka kita dapat jualkan melalui online. Apa yang perlu hanya kita hantar saja.”

“Semasa saya pergi ke Singapura tempoh hari, saya nampak sekurang-kurangnya tiga Orang Ulu membuat pameran produk yang datang dari Ulu Baram.

Sekarang penduduk Long San boleh akses dengan Singapura melalui sambungan digital seterusnya menjual produk mereka,” kata beliau.


Abang Johari menambah, pembangunan internet dan digital adalah cara baru kerajaan untuk membangunkan kawasan-kawasan pedalaman yang terpencil seperti Ulu Baram.

kerajaan negeri mempunyai rancangan jangka panjang untuk menghubungkan semua kawasan pedalaman melalui internet.

“Langkah ini penting agar kawasan tersebut membangun dan maju dalam dunia digital, pendidikan dan ekonomi digital,” katanya.

Hadir sama Ahli Parlimen Baram Anyi Ngau, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telang Usan Dennis Ngau dan ketua masyarakat Orang ulu Temenggong Elizabeth Deng.

- Advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here