KOTA SAMARAHAN – Seorang pemandu Perodua Kelisa berusia 21 tahun maut selepas kenderaan dipandu terbabas sendiri di Kilometer (KM) 14 Jalan Kota Samarahan/Mambong pada awal pagi tadi.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak, Superintenden Alexson Naga Chabu, kemalangan tersebut berlaku pada jalan dua hala dengan ada dua lorong yang lurus namun gelap ekoran tiada lampu dan keadaan cuaca baik sekitar pukul 3 pagi.

“Mangsa, Dylan Bryan Ak Richard Rockie ketika kejadian hendak balik ke rumahnya di Taman Stella Batu 12 namun sampai di lokasi kejadian telah terbabas dan berpusing beberapa kali sebelum terbalik di sebelah kiri jalan. “

Pemandu telah tercampak keluar dari kenderaan dan mengalami cedera parah di kepala serta penumpangnya, wanita berusia 22 tahun luka di tangan kiri,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Tambahnya, pemandu dan penumpang dikejarkan ke Unit Kecemasan PJ HUS oleh ambulans JPAM.

“Pemandu disahkan meninggal dunia semasa mendapat rawatan di Unit Kecemasan PJ HUS,” ujarnya.

Alexson berkata, kes itu masih dalam siasatan dan disiasat dibawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

- Advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here