Bot karam, seorang warga Indonesia hilang

0
541

MIRI – Seorang warga Indonesia, Yanto Olin, 34, hilang manakala dua lagi rakannya selamat selepas bot dinaiki membawa muatan kelapa sawit karam di Kampung Iran Sungai Batang Suai, Batu Niah pagi tadi.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak berkata, pihaknya menerima maklumat kejadian pada pukul 10.11 pagi dengan pasukan Balai Bomba dan Penyelamat Miri telah pun digerakkan.

“Komander operasi melaporkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) dijalankan dengan kaedah pencarian di permukaan air menggunakan satu bot bomba bersama tiga anggota dan dua bot penduduk kampung seramai 6 orang.

“Bantuan Unit Pasukan Penyelamat Di Air sampai dilokasi kejadian pada jam 4 petang namun setelah membuat penilaian dilokasi kejadian mendapati arus deras dan air sedalam 9 meter menyebabkan selaman tidak dapat dilakukan,” jelas kenyataan itu.

Terdahulu, seorang pemanggil memaklumkan terdapat seorang mangsa tenggelam bersama sebuah bot membawa muatan kelapa sawit untuk menuju ke Kilang Green Field.

Manakala dua orang rakan mangsa dapat diselamatkan oleh orang awam yang memancing di kawasan berdekatan.

Tambahnya, operasi SAR diteruskan dengan kaedah sama dengan pencarian 50 meter sekitar kawasan kejadian.

“Operasi SAR ditangguhkan sementara pada jam 6.25 petang atas faktor keadaan beransur gelap,” ujarnya.

- Advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here